Alhamdulillah atas nikmat ramadhan kali ini. Syawal kali ini seperti biasa, disambut sederhana. Bezanya cuma kali ini tak perlu terkejar ke sana ke mari: cuma duduk dan berjalan saja di Pahang. Ke Jengka pun tidak.
Sedar2.. kuih raya dah habis. Tapi tahun ni memang tak banyak prepare. Alhamdulillah, tetamu datang hempir tak putus sampai tengahari raya ketiga. tak adalah ramai sangat macam rumah YB. Biasa2 aja, tak juga buat ala2 rumah terbuka nya. Sentiasa aja terbuka macam adat rumah kampung. Petang raya ketiga basuh lambakan pinggan mangkuk sambil agak2 berapa ramai yang datang. Lebih la seratus orang kalau campur semua. Cuma yang datang tu berkumpulan-kumpulan. 4 orang, 5 orang, berbelas ke.. jadi rasa lebih letih dari kalau layan dan prepare sekali gus.
Raya pertama selain lemang, dodol dan rendang, kami masak laksa asam. Raya kedua pulak buat Soto ayam plus begedil. (owh.. kali ini tak tahu kenapa terrajin tengah2 malam raya 1st stay up buat begedil). Raya ketiga letih sangat. Raya keempat, mak buat bihun sup tulang bila kawan2 adik nak serang.
Kali ni kuih2 saya tak menjadi. disebabkan saya dah bersara buat tart, mak pulak ambil alih, saya beralih pulak ke choc. chip. Dua adunan selamat; yang pertama keras boleh pecahkan cermin kalau baling.. yang kedua okey la.. boleh la.. but still mmg keras la jugak. (tapi menjadi snack adik jugak le.. huhu). Saya buat kek mentega --- keras! saya buat muffin --- keras! haha. Walaupun agak kechewa.. tapi at least i learn something la. hehe. takpe, next time boleh cuba lagi. Last2 masa ajan dan nas datang beraya; saya suruh gak derang makan. heheh. Disebabkan kek tersebut tak laku.. mak bagi makan kucing. Ciskek! kucing saya pun tak mahu makan.
Seperti biasa, gambar raya memang banyak yang tak jadi. terutama gambar saya. hehe.




Anyways. Masa berlalu. Sekejap saja lagi jika diizinkan Allah, banyak saja yang bisa berubah. Saya. Adik. Mereka. Entah apa yang Allah tentukan; tapi yang pastinya biarlah apa saja yang berlaku, asal saya, makabah, adik2, saudara mara, rakan2, cikgu2, dan ummah semua selamat hingga ke sana. Selamat dalam iman, dan berjaya menjalankan tanggungjawab selagi di dunia. Kadang kita terlalu sibuk dengan dunia, alpa tentang tujuan sebenar kita di dunia.
Raya isu raya. Lain lain isu memang gempar juga; .... rancangan hari bakar Quran di AS, pembunuhan Sosilawati Lawiya, Bendera Indonesia yang mencari pasal, berselang seli dengan Israel yang semakin gah, dan yang lain yang semakin diam. Pakistan juga ditimpa bencana, banjir dan kekurangan bekalan makanan.. saya di sini sungguh kekenyangan. (~,~')
Balik ini, saya perlu berjuang habis-habisan.. cuma tinggal 6 bulan saja lagi!