antara nikmat terbesar saya di dunia ini adalah bila dikurniakan
ibu dan bapa saya sebagai ibu dan bapa saya.
sepanjang hidup, banyak perkara yang berlaku,
kita jatuh dan bangun,
kita luka dan gembira.
dan saya bersyukur untuk semua itu,
saya diberi kedua-dua mereka di sisi saya.
mungkin saya masih mentah untuk menilai segala macam perilaku dunia.
tapi saya yakin,
saya telah cukup banyak melihat dan merasai pengorbanan dan kasih-sayang mereka,
untuk saya sedar bahawa mereka adalah nikmat besar dunia saya.
saya mungkin tidak tahu banyak.
saya mungkin bukan anak yang sempurna,
tapi seadanya,
terima kasih ALLAH, kerana nikmat ini.
untuk setiap diam yang yang didengar,
untuk setiap luka yang dipadam,
untuk setiap maaf yang dicurah,
untuk ketiap keluhan yang tiada,
untuk setiap doa,
untuk setiap yakin tanpa fakta,
Terima kasih Mak dan Abah,
kerana mengajar Anum erti cinta.