Sebelum balik kenduri angah Rie, saya minta diri dari mama Rie dan Atok Rie. Sempat Atok rie berseloroh, kenapa tak tido rumah, dia ni sedap buat peluk (selepas peluk saya). Atok Rie sangat warm. Lembut saja bila bercakap, redup saja bila dipandang. Suka tegur ajak makan, ajak rehat2, tolong sama2 gelak. :).. Balik dari kenduri itu, hati saya ditarik gambar2 dalam fikiran. Jauh berpatah semula ke perasaan masa lalu, sejak saya mula mengenal dunia, sehingga tahun lepas kali terakhir ada orang akan memanggil saya cucunya.
Saya tak pernah rasa ada atuk. Dua2 side sudah tiada bila saya dilahirkan. Tapi saya ada dua orang nenek yang mungkin tidaklah berharta; tapi mempunyai jiwa yang sangaaat besar. Teringat masa kecik2 dulu; saya memang dibesarkan oleh Wan balik Abah; hampir setiap malam disogok penglipurlara suruh tidur (ya, saya sangat bertuah). Saya pendengar yang setia. Suuuukaa sangat dengar cerita Wan. Dulu sampai boleh hafal dan tanya semula bila lupa. Suka kacau Wan masa anyam tikar, ikut wan cari ubat2 akar kayu (sebab Wan dulu pengamal tegar ubat2an tradisional). Sebut sakit apa, Wan pandai saja cakap tentang pokok2 yang pelik2 dan khasiatnya. Belum saya sekolah lagi, wan dah ajar tentang macam2 pokok yang ada. Tapi sayang, banyak yang saya sudah lupa. Lagipun, saya sudah terlibat dengan perubatan mainstream.
Bila menyebut nama Wan depan mak, mak sendiri mengaku yang Wan lebih banyak menjaga saya semasa kecil. Dulu mak kerja, sibuk. Wan adalah hari saya. Wan garang juga. Banyak menda dia tak suka. Dia pun tak suka saya balik dengan kawan sekolah laki2 yang pernah hantar saya balik. Walaupun masa tu saya sendiri tak faham apa2. Wan dah ajar perkara2 besar. Jangan sombong, jangan lupa diri, dan yang paling saya ingat,...... Wan tak suka kalau saya jadi doktor bidan, Atas alasan doktor bidan terlalu banyak melihat alat sulit perempuan. Kalau diingat semula, memang kadang2 saya tergelak. lagi2 siapa tahu sekarang saya rupanya berminat belajar jurusan kedoktoran. lagi bila ingat pesan wan yang itu. Tapi saya ambil ma3nawinya, bukan zahirnya. saya percaya wan cuma mahu saya menjaga aib orang lain.
Wan pergi sebelum saya puas melepaskan rindu. Saya di sekolah menengah. Hiba di hati, tuhan saja yang tau, lagi sebab masa wan sakit kuat, saya di sekolah.
Embah juga orang yang penyabar. Macam2 gelora hidup. tapi dia tetap mudah memaafkan. cukup tak perlu cerita panjang. jalan manusia itu penuh warna; dan memang hidup keluarga saya ini penuh warna. Apa yang penting; saya tahu Embah seorang yang sangat tabah. saya tidaklah rapat sangat dengan Embah, tapi semakin saya besar, dengan dugaan yang melanda keluarga, mahu atau tidak, saya hanya ada embah untuk menjadi cucu yang baik. Saya suka bila embah senyum lebar bila berjumpa saya. Saya suka. Biarlah cucu lain dengan cerita mereka. saya tak mahu masuk campur.
Usai solat tempoh hari, jiwa saya diruntun ridu yang dalam pada orang yang memanggil saya cucu. mereka bukan orang sempurna. tidak. Tapi mereke mengisi hidup saya dengan warna yang amat cerah. Ya Allah, cerahkan jalan mereka di sana. Kasihilah mereka, dan selamatkanlah mereka dengan rahmat-Mu.
Airmata bukanlah baik, tapi sangat sukar dibendung. Saya cuba titipkan rasa rindu pada Wan dan Embah dalam ayat suci. Tenanglah di sana. Amin.