saya tidak beli buku ophthalmo. cuma photostat buku soklan MCQ syifaa. permulaan ophthalmo posting ini hambar. saya datang ke dewa kuliah hari pertama dengan kosong. senang saja: cuma ingat, untuk mengisi gelas dengan air yang baru, gelas itu harus kosong dulu. gelas itu saya, ai itu ophthalmo. haha.
ini hari ketiga. setakat ini Alhamdulillah, semua individu yang terlibat mengajar sangat berkeperibadian baik. semua lembut2. kagum sebentar. tenang2 je kat klinik, takyah nak macam kejar bom macam kat posting lain sangat pun. quality time with the patient. patient ramai yang datang tak de la stress sangat, sebab banyak yang chronic case yang age related, cataract, diabetic retinopathy.
ada terfikir; adakah hati agak terpaut pada ophthalmo yang seperti cool. tapi, tadi seorang specialist memberi kata-kata yang menangkap telinga; ' maybe you all tak sure, maybe you all rase you all dah tahu minat kat mana, tapi.... nanti, bila dah rasa kerja kat department2 yang berbeza, you all akan tahu yang mana you all boleh go on dan yang mana you all tak boleh go on.. insyaAllah believe me" - lebih kurang la.
?