Thursday, October 7, 2010

Coklat Malaysia, Maher Zain, Baby comel, dan ?wedding photoshoots dan err.. Gintama


Minggu pertama paeds diiringi sakit kepala secara serius sejak petang semalam. Kerana bekalan analgesic telah habis dan malas ke kedai pakcik atau pharmacy atau asyik terlupa mengkidnap saja dari ward... nampaknya perlu tahan saja.. tak tahan, tidur. Alia pun takde stock.

Pagi tadi telah melawan nafsu; pergi juga ke ward round. Hoho.. padan muka nafsu kali ni, kalau ikut dia nak baring tidur je lepas subuh. Nasib baik Alia pakai baju biru pagi tadi (apa kaitan?) Pergi dengan muka berkerut, tapi sampai sana OK pulak. Tengok baby chomel kot. So this headache was on and off. Habis ward round 1st sakit lagi. Bila balik rumah untuk lunch sakit lagi. Dan haha.. terlupa lagi untuk mendapatkan analgesic. Oh, boringnya cerita pasal diri sendiri.. tapi suka hati lah, ini kan blog monolog.

Beberapa entry lepas asyik cakap tentang perkara yang tak menggembirakan. Mungkin bahana suka nampak yang negative, the small2 little (/big) things yang ada lupa untuk dihargai. Seperti stethoscope saya. (arrgh.. pening kepala lagi) kesian beliau yang telah mengharungi suka duka bersama saya selama 2 tahun lepas, makan sama2, belajar sama2, kena marah sama2, exam sama2, dan yang paling sentimental accident sama2 depan hospital... owh, nasib baik dia boleh disambung semula dan besi dia tahan lasak, ada cacat sikiiiit je lepas kene gilis 2 biji kereta. Alhamdulillah.. selamat. Bravo Littmann! Boo jenama X! .................................... tapi sekarang.. dia telah saya abaikan di suatu tempat nun disebalik hutan rimba. Kesian beliau, kerana itu saya perlu menebus beliau semula weekend ni. (Diam... diam.. balik ni diam je)

Coklat Malaysia, Maher Zain, Baby comel, dan ?wedding photoshoots dan err.. Gintama.

Ini perkara2 kecil yang mengambil bahagian dalam penambahan endorphin semenjak dua menjak ni. Coklat Malaysia sebab hari tu pergi Choc fair sempena IIUM graduation.. dan agak terkejut dengan pelbagai jenama coklat Malaysia yang wujud agak lama tapi banyak yang saya tak pernah dengar.. yang paling penting kita mudah yakin akan kesuciannya :). Ada yang boleh tahan.. Nombor satu dalam ranking adalah jenama Dazzle (yang saya rasa lah).. dia punya FINE coklat boleh tahan la. (ni boleh buat satu entry)

DAN... ceng ceng ceng... MAHER ZAIN is here! wah!!!!! Sayangnya belum ada rezeki untuk tengok show dia kat sini. But takpe la kan.. suka sebab message dia.. Semoga dia berjaya dalam jalan dakwah..even yang ganaz2 hard core pun ada yang dengar message dia. Dakwah kau macam mana Anum?

Dan siang tadi terjumpa seorang baby yang sangat comel, yang telah dibuang ke dalam longkang YANG BERAIR dan TELAH DIGIGIT BINATANG... tadi dia dah stable.. ada parut je kat left leg. Soalan pertama yang saya tanya dalam hati.. macammana orang boleh buang baby ni? masa tengok baby tu senyum masa kitorang buat developmental assessment.. ya Allah... sampai ke hati nak tinggal baby tu dalam longkang... dan baby tu (2 month old) putih, chubby, ada cooing, social smile, and very active.. kalau agah pandai menjawab pulak tu.. macam nak je bawak balik. nasib baik dah ada mak angkat. Kalau tak boleh dapat anak halal free.. hehe. Macammana cara nak letak baby tu dalam longkang?

kebelakangan ini juga suka menengok wedding shots... ?helo ?helo... owh.. sebab ramai kawan yang kawin..jadi banyak tengok gambar...jadi suka tengok yang menarik.. Gambar yang cantik? Ye, bukan gambar pengantin laki pompuan bercium disebalik selendang atau gambar aksi panas versi menutup aurat ye. (banyak apa kat fesbuk) eh anum sedap mengata...stop.

Gambar cantik = gambar yang bagitahu anda sudah kahwin. Gambar yang dapat catch the golden moments dengan tetamu, ahli keluarga, kawan2, sedara mara, suasana seronok, ceria, lawak dan sebagainya. Pendek kata gambar wedding ceremony.. kalau pandai ambik, memang la sangat puas hati kalau tengok.. gambar boleh mencerita macam2.. dan menguatkan silaturrahim.

Ramai yang boleh get the good angle masa shooting. Tapi, hanya photographer yang best yang dapat catch the feeling dan tunjuk dalam gambar. Suka tengok, tapi mesti la yang cakap ni memang tak pandai main2 kamera ni... tengok suka.


Rekod:
Gintama? owh cerita ni sebab pengaruh RIE.cis. cis. terpengaruh pulak. sejak bila tengok anime? sejak dah tua. tak senonoh betul. tapi sebab dah TERminat.. layan la. cis. Owh, memang ada lawak dewasa...tak senonoh. ketepikan yang itu, tapi apakah menangis masa tengok episod anjing mati dan beruang mati? ketepikan yang itu juga. OK la kalau nak lari dari rutin. (memang suka lari?)

selain itu memasak juga mengurangkan stress. Alhamdulillahh dan duduk luar, dah boleh masak sendiri,,, kurang la kebergantungan dengan masakan berMSG tinggi atau berkari pekat rasa sama atau yang digoreng pakai minyak recycle minggu lepas.

Esok kena buat larian pula. larian paeds mengejar senarai to do list!